~about me~

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 24, 2010

~JanGAN tERLALU mEnCARi KesemPuRnAAn~

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi
hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Tiada yang sempurna dalam hidup ini.... begitulah manusia...
Mencari kesempurnaan yang tidak kesampaian...
Kerana alam ini begitu luas...
Tidak terjangkau oleh manusia...
Untuk mencapai segalanya...

Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya...
Dan terus mencuba memperbaiki diri dan kesilapan lalu....
Jadilah yang terbaik.... bukan yang sempurna....
Kerana tiada yang sempurna kecuali yang Maha Esa....

p/s: Kita hanya manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Memaafkan adalah lebih baik daripada terus-terusan berdendam. Jangan jadikan kesilapan semalam sebagai satu 'tregedi' yang perlu diungkit-ungkit sampai bila-bila. Jika tidak diberi peluang untuk berubah,sampai bila sesuatu hubungan nak maju.

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tiada yg sempurna...
;)

luvelysyue said...

yup,,btul..
xprlu cri kesempurnaan,sbb diri kter pon blum tentu perfect...