Assalamualaikum.Pada sambutan besday saya 20 Mac yang lalu, saya ke HUSM. Jumpa pakar Ortopedik. Jumpa pon bersebab, lutut kanan xboleh nak bengkok terutama ketika nak luruskan selepas rukuk di dalam solat. Tapi kesakitan lutut ni saya rasa masa di Kuantan lagi, masa tu lutut xboleh nak luruskan selepas bersila di hadapan tv. Mula-mula buat xtaw je sebab sejarah saya memg sudah sakit lutut sejak kecil. Kesan daripada jatuh masa kecil.
Selepas di x-ray sebanyak 2x, dr. baru nampak ade sedikit kecondongan rawan lutut. Selepas mendengan keterangan dr, saranan terbaik adalah fisioterapi. Disebabkan saya kerja di Kuantan maka fisio dirujuk ke Hosp Tg. Ampuan Afzan.
Tadi selepas intervw, saya ke Hosp untuk take an appoinment. Nasib baik jurupulih anggota kat kaunter tu baik hati, layan dengan elok mungkin nampak gaya pejabat, pastu tetibe tnya "kerja ape?".terus jawab "guru".
Take one a pamplet di kaunter, OA ialah penyakit degeneratif sendi dan hampir setiap orang akan mengalaminya apabila menjangkau usia 65 tahun (tapi saya masih mude dah sakit lutut ni cmne). Antara faktor yang menyebabkan OA termasuklah obesiti, penggunaan sendi yang berlebihan, kecederaan akibat drp cara kerja atau bersukan, pembedahan, usia, dan sejarah keluarga.
Doktor akan mendiagnosis masalah lutut melalui cara:
- sejarah perubatan
- pemeriksaan fizikal
- ujian diagnostik
- (seperti x-ray, imbasan tulang, imbasan CAT,MRI, arthroscopy dan biopsy)
Bagi mereka yang sering kali mengalami masalah sakit lutut, cuba amalkan petua ini. Mudah saja, anda hanya perlu mengamalkan makan sayur bendi yang telah dicelur. Ini kerana, lendir bendi dipercayai boleh menambah cecair di dalam lutut. Sedih taw muda2 dah selalu sakit lutut. (tapi nak wak camne, sakit akibat jatuh,bukan kiter yg minta). Jadi nasihat buat kengkawan amalkanlah makan sayur bendi.lepas ni korang borong ler bendi kat pasar.
4 comments:
sama la kita...muda2 lg pon dah sakit lutut...makan bendi ek??akan diamalkan...=)
yup mkan bendi...umr brapa?...
Assalam. nak tanya berapa kos kalau buat ujian diagnostik di hospital kerajaan?.. lama x nak menunggu bila jumpa pakar
Urutan taradisional utk wanita dan ibu bersalin.
area seluruh kawasan kuala lumpur.
hubungi 013-2096836.
Post a Comment