~about me~

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

Tsunami dan Rahsia di dalam Al-Quran

Apa yang berlaku, adakah satu kebetulan atau memang telah tertulis tentangnya di dalam Al-Quran? Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.

Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-
Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H
Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan06.04.1432H

Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
1432 kita cerakinkan menjadi 14||32
Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula denganSurah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."

Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2. 

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya..
3+6+1+3+8 = 21
kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53
Buat proses penambahan seperti sebelumnya..
3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
kemudian 3+0 = 3
Nyatalah nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.

Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446mengikut waktu di Jepun.
Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.
1+4+4+6 = 15
kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.

Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32, kita cerakinkan pula angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai permulaan hari. Dan di dalam kalendar Islam,Jumaat merupakan permulaan hari untuk minggu tersebut. Jadi, angka 1 merujuk kepada hari berlakunya kejadian tersebut.

Lihat..betapa benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala sesuatu yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman semakin berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman

Dipercayai terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah membuatkan kita lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran ini. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita untuk mengkaji kalam-NYA. Wallahualam..

Saya sekadar menulis lewat pembacaan saya. Yang benar itu datangnya dari ALLAH swt dan segala sesuatu yang buruk itu diatas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..
Sumber: Iskandar Zulkarnai dan Budak Logam

thnks awak...

saya mohon KEBAHAGIAAN YA ALLAH swt

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat

thnks En Yayang yg selalu ade di samping saye..

Wednesday, March 30, 2011

makan sayur BENDI untuk....

Assalamualaikum.Pada sambutan besday saya 20 Mac yang lalu, saya ke HUSM. Jumpa pakar Ortopedik. Jumpa pon bersebab, lutut kanan xboleh nak bengkok terutama ketika nak luruskan selepas rukuk di dalam solat. Tapi kesakitan lutut ni saya rasa masa di Kuantan lagi, masa tu lutut xboleh nak luruskan selepas bersila di hadapan tv. Mula-mula buat xtaw je sebab sejarah saya memg sudah sakit lutut sejak kecil. Kesan daripada jatuh masa kecil. 

Selepas di x-ray sebanyak 2x, dr. baru nampak ade sedikit kecondongan rawan lutut. Selepas mendengan keterangan dr, saranan terbaik adalah fisioterapi. Disebabkan saya kerja di Kuantan maka fisio dirujuk ke Hosp Tg. Ampuan Afzan. 

Tadi selepas intervw, saya ke Hosp untuk take an appoinment. Nasib baik jurupulih anggota kat kaunter tu baik hati, layan dengan elok mungkin nampak gaya pejabat, pastu tetibe tnya "kerja ape?".terus jawab "guru".

Take one a pamplet di kaunter, OA ialah penyakit degeneratif sendi dan hampir setiap orang akan mengalaminya apabila menjangkau usia 65 tahun (tapi saya masih mude dah sakit lutut ni cmne). Antara faktor yang menyebabkan OA termasuklah obesiti, penggunaan sendi yang berlebihan, kecederaan akibat drp cara kerja atau bersukan, pembedahan, usia, dan sejarah keluarga.

Doktor akan mendiagnosis masalah lutut melalui cara:
  • sejarah perubatan
  • pemeriksaan fizikal
  • ujian diagnostik
  • (seperti x-ray, imbasan tulang, imbasan CAT,MRI, arthroscopy dan biopsy)
Bagi mereka yang sering kali mengalami masalah sakit lutut, cuba amalkan petua ini. Mudah saja, anda hanya perlu mengamalkan makan sayur bendi yang telah dicelur. Ini kerana, lendir bendi dipercayai boleh menambah cecair di dalam lutut. Sedih taw muda2 dah selalu sakit lutut. (tapi nak wak camne, sakit akibat jatuh,bukan kiter yg minta). Jadi nasihat buat kengkawan amalkanlah makan sayur bendi.lepas ni korang borong ler bendi kat pasar.

PERAK haramkan senaman poco-poco

Negeri Kelahiran saya mcm mane plak?...Fikir-fikirkan dan selamat beramal...

Selesai sudah interview...yehuuu

Alhamdulillah selesai sudah interview SPP
Betul ke salah ke blkg kire,
yg penting proaktif menjawab masa soalan dilontarkan
kiter dah berusaha, yang menentukan Allah swt sahaja.
Harap-harap dapat cepat lulus DG41
nak merasa duit gaji berganda mcm En Yayang..
(tapi en Yayang pun xdapat lagi kan)

Tuesday, March 29, 2011

Usah biar diri jadi si Tanggang moden

Balaslah jasa ibu bapa yang tiada tandingannya membesar, mendidik kita sehingga berjaya

TANGAN yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Itulah pepatah yang menggambarkan peranan ibu sehingga boleh mempengaruhi kehidupan di dunia. Didikan ibu mampu menghasilkan anak yang gah di mata masyarakat dan boleh mencorakkan dunia. Walaupun mempunyai peranan besar, ibu sering dipinggirkan. Bukan saja peranannya dilupakan, malah ibu itu sendiri ada kalanya langsung tidak dihiraukan anak. 

Segala jasa dan pengorbanan begitu mudah dinafikan sehingga ada ibu yang berendam air mata mengenangkan anak di perantauan. Benarlah kata orang tua, seorang ibu boleh melahir dan membesarkan 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Atas alasan sibuk bekerja ada anak tidak mampu menjaga ibu yang sudah tua. Pelbagai alasan diberi bagi mengelak tanggungjawab ini. Walau setinggi manapun jawatan, kita tetap anak seorang ibu. Lazimnya, kesibukan bekerja menggoyahkan institusi keluarga serta ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Mempertahankan institusi keluarga penting kerana ia mempunyai impak besar kepada pembangunan negara. Jika punah institusi keluarga, hancurlah masa depan negara.

Untuk itu, Islam menggariskan tanggungjawab anak secara menyeluruh. Sejak awal anak ditegah mengeluarkan kata kesat terhadap ibu bapa. Mengherdik apatah lagi mendera orang tua adalah dosa besar.

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan jika seorang atau kedua-duanya sudah tua, maka janganlah kamu berkata kepada mereka ‘Oh!’ dan jangan kamu menengking, mengherdik mereka tetapi katakanlah kepada mereka dengan perkataan mulia dan hendaklah kamu merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayang dan doakanlah: Wahai Tuhanku cucuri rahmat kepada mereka seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya, memelihara dan mendidikku ketika kecil.” Surah al-Isra’, ayat 23-24

Ibu bapa sebenarnya mempunyai hak terhadap anak apabila mereka tidak berupaya menyara kehidupan. Begitu juga ibu atau bapa yang sakit memerlukan perhatian anak. Inilah peluang diberi Allah kepada anak bagi membalas jasa orang tua iaitu melayan dan membantu mereka pada saat getir.

Budaya menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang tua bukan norma dalam masyarakat Melayu Islam. Biar apapun alasannya, tempat ibu bapa khususnya yang uzur adalah di sisi anak. Tiada apa yang dapat menandingi jasa ibu bapa membesar dan mendidik anak sehingga berjaya. Kejayaan di dunia harus dijadikan jambatan kepada kejayaan di akhirat kelak. Hakikatnya merekalah teras di sebalik setiap kejayaan anak. Ingatlah wahai anak, sementara ibu bapa masih lagi, berilah khidmat terbaik supaya kamu tidak menyesal kerana tidak berbuat demikian.

Sebelum terlambat, gunakanlah ruang dan peluang yang ada bagi menebus segala kesilapan. Tiada ibu bapa yang tidak memaafkan anak mereka. Kisah Si Tanggang yang disumpah ibunya menjadi batu kerana menderhaka cukup menjadi sempadan buat kita semua.

Namun sebenarnya, masih ramai si Tanggang moden pada masa ini. Hanya kerana mengejar kekayaan, ibu bapa langsung tidak di jenguk. Makan minum dan sakitnya tidak diambil perhatian. Setiap Muslim wajib berbakti kepada orang tuanya. Rasulullah bersabda: “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.” (Riwayat Khatib dan Annas)

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda: “Ketahuilah olehmu bahawa baik harta, badan, mahupun jiwa ragamu adalah hak atau milik orang tuamu.” Jelaslah Islam begitu menghargai peranan ibu. Marilah sedekahkan fatihah kepada ibu yang sudah mendahului kita. 

pETANG TADI SAYA sempat menyaNYI dengan lirik CIPTAAn Saya senDIRI. 

sAYA rINDUKAN iBU
saya Rindukan aBah
Saya rindukan Adik-aDik
sAYA rINDU pADA tUNAng Saya
Saya riNdukan semUa yanG mENYAYANGI sAYA

Berkatilah Mereka semua
BerkatILah mEREKA yang mEnJaGA sAYA SEjak Kecil Lagi
Berkatilah mereka yANG sELalu MEmberi semangat KEPada saya
dan 
bERKATILAh Org Yang selaLU beRadA DI saMpiNG sAYA
 
GEMPA BUMI MYANMAR BERUKURAN 6.8 SKALA RITCHER

TARLAY: Pasukan penyelamat semalam berusaha untuk ke kawasan yang teruk terjejas berikutan gempa bumi kuat yang melanda timur Myanmar tiga hari lalu, ketika pekerja bantuan berkata mereka bimbangkan angka kematian akan terus meningkat.

Pihak berkuasa berkata, 75 terbunuh berikutan gempa bumi berukuran 6.8 yang melanda berhampiran sempadan Thailand dan Laos lewat Khamis lalu, menyebabkan kediaman dan bangunan kerajaan runtuh dan menyukarkan beribu-ribu penduduk. 
 
“Apa yang kami ketahui angka kematian akan terus meningkat,” kata seorang pekerja bantuan di negara itu kepada AFP. 

Taichileik, bandar berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dan berhampiran Tarlay dan Mong Lin di Shan, Myanmar dikatakan paling teruk terjejas berikutan gempa bumi yang dapat dirasakan sejauh ke ibu negara Vietnam, Hanoi.

“Kita tidak tahu berapa ramai orang yang terjejas. Kami masih cuba untuk mendapatkan angkanya,” kata seorang pegawai Myanmar semalam.

“Pengangkutan adalah sukar. Kami masih tidak sampai ke beberapa tempat, kami masih tak tahu apa berlaku kepada mereka dan kami tidak tahu berapa ramai yang tinggal di kawasan pergunungan terbabit,” katanya. – AFP 

ape ade dengan GTP?...

GTP atau Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan pada April 2009  
menggariskan objektif bermatlamatkan:

1. Mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan rakyat.

2. Memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu padu, dan saksama dengan Standard kehidupan yang tinggi untuk semua.
Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020.

Terdapat enam tonggak atau Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam GTP berdasarkan perhatian rakyat yang paling mendesak, iaitu:

1. Mengurangkan jenayah
2. Membanteras rasuah
3. Mempertingkatkan pencapaian pelajar (bidang pendidikan)
4. Meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah
5. Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar 
6. Mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar. 

************************************

Saya sebagai salah seorang guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan berasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca semua dan untuk ingatan saya juga bahawa terdapat  
4 NKRA dalam bidang pendidikan iaitu, 

1. Meningkatkan penyertaan murid pra-sekolah

2. Program LINUS 
(kemahiran literasi dan numerasi (3M) di peringkat pend. rendah)

3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi 
(20 buah sekolah sekarang kpd 100 buah menjelang tahun 2012)

4. Memperkenalkan Ba'iah baru (tawaran baru) 
kepada pemimpin sekolah yang berjaya meningkatkan kecemerlangan sekolah 

Sekian hasil bacaan saya untuk interview spp nanti. 
Kiter beralih tajuk kepada dasar lain pulak yang bersangkut paut dengan dunia pendidikan.

Monday, March 28, 2011

eARTH hOUR SiMBol KepRihatinaN?...

Assalamualaikum.Alhamdulillah hampir nak siap saya stdi sal ISU PEMANASAN GLOBAL ni. Kempen pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun itu diadakan dengan memadamkan semua lampu atau perkakas elektrik bermula pukul 8.30 malam. Tetapi perlu ke kita sambut malam earth hour ni sedangkan banyak lagi cara yang boleh kita gunakan untuk mengurangkan pemanasan global dan perubahan iklim yang berlaku pada hari ini. Bagus jika anda di luar sana yang memadamkan lampu pada waktu itu, at least kita turut serta menjayakan kempen ni. Namun, saya dalam bidang geografi, masih banyak bende lagi yang perlu kita tahu dan perlu laksanakan untuk menjayakan isu pemanasan global ini...

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam.
 
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.

Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).

Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan global ini.

1) JEREBU
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.

Penipisan Lapisan Ozon

2) PENIPISAN LAPISAN OZON
Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.

Kesan Rumah Hijau

3) KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.

Pulau Haba Bandar

4) PULAU HABA BANDAR
Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.

Hujan Asid

 5) HUJAN ASID
Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.

Kemarau

6) KEMARAU
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.

Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang menunjukkan suhu bumi yang semakin meningkat dengan cepat dari tahun ke tahun.
Graf Pemanasan Global

Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini.

Kesan pemanasan global hari ini berlaku akibat kemusnahan yang dicipta oleh manusia sendiri. Bumi semakin uzur, memerlukan kasih sayang. Marilah kita sama2 menangani isu yang meruncing ini agar generasi kita akan datang dapat merasai nikmat mandi sungai, mandi di laut seperti mana kita pada zaman kecil2 dahulu.Sayangi bumi kita ini. Sekian.

Sunday, March 27, 2011

Hati GelISAH BiLE nK dI InTerViEw!!!

SimptOm YanG eNtAH bILE nAK hILANG. dULu saya RASA SaYA bUkAN bEGINi. nI tAHAP TakUt MACAM nAK mATI. Seyes, Tak TiPu. Exam TiME UnIV DuLU pOn Rileks je.Nape SeMakIN hARI mENInGKat Usia Ni, SimpTom Ni Perlu AdE, sEDANGKAn BanyAk Lagi BnDE nK N pERLU fIKIr...MuNgkInkAh...?...

Doakan Yang TerbaiK Untuk Saya.Doakan saya LULUS temuduga ni.Doa kalian saya hargai...