Yehaaa,,dah dapat gaji pertama. Ingatkan xmsuk ag, rupenya da masyuk. Ingat nk berjimat duet ni, simpan nak tunang nikah, tapi tup2 adk wadik pakat duk tefon mitak along hulur duet sikit sorg. Nanti minggu depan balik pulak la, nak belanja adik2 4org ni. Nak hulur kat ma abah jugak, biar la parents ade duet doh. Untuk Abg Cayang, saya belanja awk benda lain taw. Kiter2 je taw..Chowww..
Tuesday, December 21, 2010
Sunday, December 19, 2010
medical check up yang sangat cepat!!!!
Hari ni selesai sudah medical check up untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan. Pemeriksaan yang sangat superb duperb,sangat cepat dan pantas. Saya dtg medical chck up kat Klinik Kesihatan Kuala Krai. Pagi2 about 6.50 am dah bertolak dari rumah. Saya yg sangat mengantuk pun terpaksa bangun awal. Dari test urin, bahagian x-ray, check kesihatan dan jumpa dr,semuanya berjalan lancar. Mungkin ma keje bahagian kesihatan, jadi memudahkan keje saya. Saya xsuke menunngu agak lama lau berjumpa dr. Lau x, saya rela pergi hospital swasta lagi. Medical chck up nak melanjutukan ijazah dulu saya check di KBMC gara2 kealpaan saya bgtaw ma yang saya nak buat MC. List dah full masa tu, maklumla musim tu ramai student nak melanjutkan pelajaran. Okeh, semua berkaitan dengan pekerjaan baru saya ni, dah settle.Cuma, tunggu kerani sekolah proceed je. Moga2 semuanya berjalan dengan lancar. Amin...
List yang perlu disettle.
* Borang Soalan Keselamatan
* Borang Medical Check Up
* Borang Pengisytiharan Harta
*Borang online SPP
* Borang A KPM
*Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kpd Pembiayaan Ujrah (1%)

Ade lagi yang saya tertinggal?..Sape2 yang pernah melalui pengalaman ni, share2 ye ng saya.Thanks
Thursday, December 16, 2010
~Anggun Zara~
 Rasa selesa bila hati dah tenang. Hujung minggu ni balik kg lagi. Rindu kampung. Banyak benda nak settle kat kg ni. Thanks adik yang selalu jenguk2 posmen yg datang umah. Nak update ape yang berlaku sepanjang 2-3 minggu ni pun, gambar xde. Semua gambar ada dalam kamera, sangat bermasalah!!Ade kamera tapi xde USB kabel. Okehh,,saya update benda yang lapuk la, brg yang saya tempah dah sampai 2hari lepas. Inner cotton yang sangat cantik,dan yang penting sgt murah okeehh!!!Abg sayang jangan marah yeee...Okehhh THNKS Anggun Zara
Rasa selesa bila hati dah tenang. Hujung minggu ni balik kg lagi. Rindu kampung. Banyak benda nak settle kat kg ni. Thanks adik yang selalu jenguk2 posmen yg datang umah. Nak update ape yang berlaku sepanjang 2-3 minggu ni pun, gambar xde. Semua gambar ada dalam kamera, sangat bermasalah!!Ade kamera tapi xde USB kabel. Okehh,,saya update benda yang lapuk la, brg yang saya tempah dah sampai 2hari lepas. Inner cotton yang sangat cantik,dan yang penting sgt murah okeehh!!!Abg sayang jangan marah yeee...Okehhh THNKS Anggun ZaraFriday, December 10, 2010
SALE..SALE hujung tahun!!
Salam
Pergi mana-mana shopping kompleks atau gedung-gedung kain,banyak sale sempena hujung tahun. Tidak terkecuali kedai elektrik yang turut menawarkan harga yang murah2. Kebanyakan promosi sampai hujung tahun, tapi ade gak sampai Perayaan Tahun Baru. Tidak kira di mana anda berada, baik di bandar besar atau pekan kecil, promosi terpempang sana-sini. Di KL, saya merasakan kalau sebut SOGO semua akan teruja dgn promosi hujung tahun yang diwarwarkan. Lau tempat glamer, kebanyakan shopping di Pavilillion & Suria KLCC juga penuh dgn lautan manusia. 
Bercakap pasal duet skrg, smua org berkemampuan untuk membeli brg2 sma ada mahal atau murah. Dari pekerja bawahan sehingga CEO syarikat, semua berkemampuan membeli. Sehingga duet simpanan pon semua dikorek, tabung dipecahkan. Skrg pinjaman sana-sini, tidak memerlukan penjamin dah dpat duet ribu riban. Soalnya skrg, apa2 yang dihajati semua boleh dibeli tidak kira bergaji besar atau kecil. Okeee,,xnak panjang2 lagi sale hujung2 tahun ni. Saya menanti lagi Raya Cina sbb biasanya sale akan meningkat. Xpercaya tgokla sendiri. Bandingkan dengan jualan akhir tahun!!!
Oke,saya sendiri sudah siap menjamu mata dan membeli di Salem Aziz, Pacific KB Mall dan juga SSF KB. Insya Allah Raya Cina ni saya turun shopping di KL. Kepada anda yang berkemampuan dan tersimpan lama hajat untuk membeli, belilah selagi berkemampuan.Tapi ade juga jenis kedekot taik hdg msin, kuar sikit pon dah bising2...
Sunday, December 5, 2010
Wednesday, December 1, 2010
WAJIB DIBIASAKAN...
Kehidupan baru bermula di daerah Kuantan ni. Masa mula-mula tunggu surat kat Green Park untuk penempatan, hati berdebar-debar,muka kelat je, senyap xcakap dgn kawan sebelah. Saya taw bukan saya seorang yang berdebar tapi semua bakal cikgu seratus lebih tu yang xsabar menanti. Taklimat pula 2hari,negeri lain sehari je. Sangat benci hokehhh. 
Versi 2: Dah taw daerah, merungut pula. Dapat Kuantan, memang xjangka. Sangat xsuke,nak area K.Lipis, Bentong. Senang nak ke KL, senang nak jumpa abg sayang. Taw daerah, sekolah pula xtaw kat mana. Kat dalam dewan lagi, tanya org sebelah kat mana tempatnya Sungai Lembing. Orang geografi seperti saya pun xtaw kat mana tempat tu. Sepatutnya saya taw, tu kawasan lombong bijih timah zaman Bristish lagi.
Versi 3: Taw pula sekolah kat mana, fikir cam xpernah dengar nama sek ni kat area Kuantan ni. Telefon sepupu abah (org Pekan), kami 3 beranak terus ke lokasi dari Temerloh. Rupanya senang je (exit tol Kuantan dari KL, belok kanan ke Sg Lembing.)
  
Versi 4: Sangat berliku jalan ke sana. About 30 km ke Sg Lembing dari kawasan luar/rumah yang bakal diduduki (Taman Kg Padang Jaya). Tanpa disedari air mata menitis. Tapi adik perasan. Tiba-tiba perasaan tidak dapat dibendung lagi. Mulut mengomel xpuas hati dapat sekolah agak ke dalam (pedalaman). Walaupun sekolah tu area Kuantan, tapi hati dah agak keadaan sekolah tu. (memang saya xpernah dgr nama sek tu). Jangkaan memang tepat, sekolah tu kecil je, pelajar hanya 500 ratus lebih je. 
Nanti saya sambung cerita lagi...
Saya harus bersyukur dengan kehidupan saya sekarang.
Bukan semua yang kita rancang menjadi kenyataan.
Sesuatu yang harus saya belajar:
tidak biasa susah, tidak biasa dgn tempat baru HARUS dibiasakan.
WAJIB DIBIASAKAN!!!

Wednesday, November 24, 2010
sekolah pertama posting
LANGKAH PERTAMA SEBAGAI PENDIDIK
SMK SUNGAI LEMBING, KUANTAN, PAHANG 
29 Nov-2 Dis 2010 (Isnin- Khamis) 
(bermula orientasi di sekolah)
6-12 Dis 2010 
(home sweet home)
13-31 Dis 2010 (Isnin sampai buka sekolah)
(kembali ke sekolah:stay sampai buka sekolah) 
Semoga saya terus tabah untuk selamanya.Doakan saya semuanya.
Monday, November 15, 2010
POSTING
klik untuk tumbesaran
AKHIRNYA,,POSTING KAT PAHANG DARUL MAKMUR....syukur alhamdulillah 
kAT BAWAH GAK ade senarai kawan-kawan sebatch kos yang posting kat Pahang gak
Mohd Sabri Bin Mat Dam
Muhammad Bin  Md 
Azila Binti Mohamed
Chen Li Ann
Nerwana Binti Mohd Kidam
Nur Syuhadah Binti Yusof (saye la tu)
Rosjawairiah Binti Mustapha
Siti Nurashkin Binti Ali Musa
Zaliha Binti Zakaria
Zuliana Binti Yusof
Zuliani Binti Yahaya
credit to: AK MASAZWAN untuk penempatan negeri Pahang
Thursday, November 11, 2010
KeNapA hATI tIDAK sElalu TenTeRAM bilA sEMbAHyANG?
Apabila anda merasakan hati anda tidak tenteram, tidak tenang, ragu-ragu dan resah gelisah, itu tanda iblis bersarang dalam hati kita. Iblis itu bergerak-gerak melalui urat-urat darah dan hidup menempel mengganggu perjalanan iman kita. Justeru, solat itu salah satu cara untuk mententeramkan jiwa. Bagaimana?
Jika selama kita hidup di muka bumi ini kita tidak tahu makna bacaan yang kita lafazkan dalam solat, inilah waktu yang paling sesuai untuk kita mengambil tahu seterusnya melakukan perubahan.
Hafaz maksud Al-Fatihah
Seteleh berpuluh-puluh tahun hidup di muka bumi ini, adakah kita telah menghafaz maksud al-Fatihah yang kita perlu kita baca 17 kali dalam lima waktu solat?.Apakah hikmah dan kepentingannya sehingga 17 kali kita perlu mambacanya?Tentulah ada rahsia besar di sebaliknya. 
Mulai hari ini,fahami maksud al-Fatihah supaya mudah untuk kita khusyuk dalam solat.
Ketika kita melafazkan bacaan dalam bahasa Arab di bibir, sebutkan Bahasa Melayunya (atau sebarang bahasa ibunda lain) dalam hati.
Maksud al-Fatihah (ayat 1-6)
-Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
1.Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
2.Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
3. Yang Menguasai Hari Pembalasan.
4. Kepada Engkau Kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
5. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
6.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, tapi bukan jalan orang-orang yang Engkau murka dan bukan pula jalan orang yang sesat.
Cara menghafaz untuk golongan yang telah berumur.
a. Istighfar 11 kali. Astaghfirullah di bibir manakala hati pula berkata, ‘’Ya Allah ampunkanlah aku’’.
Hati yang suci dan bersih akan mudah menerima ilmu.
b.Pejamkan mata, letak tangan kanan di atas dada sebelah kiri (jantung) lalu berdoa:
’’Ya Allah, dalam usiaku (nyatakan berapa tahun),aku masih tidak tahu maksud Al-Fatihah.Ampunkanlah aku, aku Islam tapi maksud al-Fatihah pun aku tidak faham. Tolonglah ak Ya Allah. Bantu aku untuk menghafalnya, mudahkanlah bagiku. Aku hendak gunakannya hingga ke akhir hayatku.”
c. Kemudian mulakan menghafal satu persatu:
  Ayat 1 dalam bahasa Arab dibaca (1 kali) dan maksud bahasa Melayu diulang (3x).
-Ayat 2 lakukan langkah sama seperti di atas.
-Ulang semula ayat 1 (1x) (bahasa Arab dan bahasa Melayu)
- Ulang semula ayat 2 (1x)
Ayat 3 (sama seperti di atas)
-ulang semula ayat 1 (1x)
-ulang semula ayat 2 (1x)
-ulang semula ayat 3 (1x)
Ayat 4 (sama seperti di atas)
(ulang langkah-langkah di atas sehingga ayat ke-7)
Bererti setiap ayat bahasa Arab dibaca sekali dan maksudnya perlu diulang (3x), kemudian baru berubah ke ayat seterusnya. Dan mula kembali ke ayat 1 dan ulang baca. Kemudian barulah berubah ke ayat baru. Ulangi langkah-langkah yang sama sehingga habis semua ayat.
Selepas habis menghafal, bangun berdiri mengahadap kiblat dan takbir serta kiam seperti dalam solat. Praktikkan membaca Al-Fatihah di bibir serentak dengan maknanya di dalam hati kita satu persatu. Amalkan sehingga berjaya dalam solat harian kita.
ZAmAn u Yg SAnGaT sEnGkat!!
Monday, November 8, 2010
~SuRaT cINTa~
Tadi saya penat sangat,tidur yang sangat lama waktu pagi. Ditambah pula cuaca yang sangat redup. Owhh besh sangat tido.Terjaga kul 11am terus rase rajin nk msg kawan sal posting. Xnak buka ag fb bagai semua. Msg bff ku,si Midah Kedah. Dia pun cakap 15hb ni baru taw penempatan kat mane2. Saya pun ade gak suh ma col JPN Pahang kot2 boleh sana. (ntah sejak dah tamat belajar ni, rasa cuak pula nk tpon org2 besau ni, kot dimaki hamun ke  jadah:xbaik bersangaka buruk.teettt). Tempoh hari, khamis dah tepon sana, tapi feedbacknya dorg suh col balik hari Isnin, tapi sebab ma sibuk sangat keje, so esok la col lagi. Fuhh banyak lak celoteh, tapi pe kaitan dgn kad jemputan di atas. 
Begini, dalam duk tunggu2 kedatangan posmen tu, saya intai2 la kat bawah balkoni tu kot2 ade surat, sbb biasa posmen akan letak surat kat situ. (biasa la umah saya xde peti pos yang merah menyala bagai tu, kotak2 surat pon xde ag). Setengah jam tunggu, en posmen tibe. Selepas die chooww,terus saya buka pintu nak ambil surat. Suspens gak sebab ada satu je surat. Bernamakan nama saya. Mula-mula tgok takot gak sbb sampul putih cm surat rasmi. Pastu tgok cop Kota Bharu, bukan KL or Putrajaya. Lega sikit. Kasi suspens je cepat2 saya buka pintu rumah tadi. 
Rupa-rupanya,jemputan perkahwinan kawan sek men dulu, Cik Tengku Norida. Hope saya berkesempatan la pergi kenduri tu nanti.
~~RemAJa MalaYsIa kuRanG seRonNok~~
(klik di atas jika anda ingin tambah pengetahuan) 
hUhu, kENAPa Ye Remaja MAlAYSiA kUranG SeronOk?..
Sunday, November 7, 2010
~inDaHNya HiDup TanpA DeriTa~
Tadi ke Muda Osman, hajat belikan adik buku,alih2 akak pun terbeli sama. Sebelum ni, memang selalu gak beli buku Tarbiah Rohani keluaran Galeri Ilmu ni. Kali ini saya grab girl punye penulis. Selain itu,nama-nama seperti Hilal Asyraf, Hasrizal Abdul Jamil, Zul Ramli M. Razali & Ustaz Emran Ahmad sudah biasa dgn Tarbiah Rohani ni.
Kupasan dalam ni agak menarik sesuai untuk dibaca oleh setiap mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, mereka yang sudah berumah tangga, ibu bapa dan mentua, guru-guru (seperti saya), pendakwah dan sesiapa yang ingin menambah ilmu @ mencari perspektif segar dalam menangani isu rumah tangga.(wah cam dah kahwin ye..yehuuuooo)
Tapi ,yang menarik perhatian saya TUDUNG PENYEBAB KEBENCIAN SUAMI.Nanti saya cerite lagi kisah ni. Sehingga kita bertemu lagi, cepat2 ye cari di pasaran buku ni, xrugi kita berbelanja untuk menambahkan ilmu di dada.Selamat membaca semua.
Yang BerGeLar sAhAbAT
|  | ||
| Ini kawan baik saya, Mas Alida. Muka saya yang dah comot,baru pas barbeque. | 
Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :
1 . Ketahanan bergurau senda,  adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh  menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2 . Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3 . Jangan terlalu mengambil  tahu hal peribadi orang terdekat dgn sahabat seperti tunang, isteri atau  suaminya atau kaum keluarganya.
4 . Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.
5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6 . Terima kekurangan dan  keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri  sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8 . Berita baik atau berita  sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita  sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy  body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada  sahabat kita.
9 . Menghormati hak dan  kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau  terlalu berdampingan, mungkin menjemukan DAN kita hanya menyekat  perhubungan dengan insan lain.
10 . Jika salah seorg marah,  beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam dan  tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti  biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang  pasang surut.
11. Sewaktu sahabat sedang  marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk.  Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12 . Jangan memburukkan sahabat  di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita  i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa  kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah  s.w.t
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya  hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."  Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini  bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Nanti saya bercerita lagi sal kisah sahabat saya ni.
Saturday, November 6, 2010
Pelajar UIA mimpi bertemu RASULULLAH saw
jOm ambil iktibar dari kisah benar ini
oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56 ptg
Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.
Assalamualaikum w.b.t 
Berkata  Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda  yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka  sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat  al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan  masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena  keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya  Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr  seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui  mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
yg  dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ ,  jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf  memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti  anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.  Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran  30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3  tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri  kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang  mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau  hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk  menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat  Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau  pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.
Akak  ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun  yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian  belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak  8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan,  beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya  hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya  ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau  berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg.  Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali  sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.
Hari2  yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai  pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan  makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh,  Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat,  berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan  islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau  hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,  banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi  Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama  tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.  Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk  berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau  untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti  ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu  berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau  ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg  mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah,  kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku  terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.  sendiri..”
Kemudian  beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya  dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward  message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau  nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli  keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah.  Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu  qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan  memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu  tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan  kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba  datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan  berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah.  .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah  orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang  dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan  yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah  itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah.  .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban  berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata  Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu  Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi”  (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika  mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu  Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan  diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan  di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti  tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm  hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika  Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal  ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan  baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian  Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam.  InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian  melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi  menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk  ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau  merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi.  Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda  kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti,  apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja  baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar  daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi  oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan  pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat  tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat  Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu  pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat  terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat  Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya  Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah  Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg  Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn  ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh  Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan  beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam  Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma  kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai  solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau  merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh  tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan  menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk  diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian  beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg  biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya  Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa  malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat  orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya  mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan  salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu  Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah.  .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia.  Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya,  Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan  Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. 
Para  Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu  enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg  bermaksud:
“Dan  mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan  Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg  kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2  malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal  keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan  ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’  Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat)  memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan  dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah.  Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat  kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli  (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di  akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual  dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai  membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang  sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah.  .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan  Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih  ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai  mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk.  Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah .  Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan  alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar  bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ  bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk  berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah  s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat  diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau  berikan..”
Beliau  berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia  sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki  melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah  dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah  dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan  dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti  diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je  akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa  beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian  akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali  akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari  semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah  mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti  sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil  hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai  sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah  suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para  sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat  gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah  saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa  terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya  Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab,  “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum  pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku  sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya  Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai  orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah  salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah  ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah  dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan  lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt  syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.
jom selawat ke atas Nabi SAW:
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad
Credit to Nota.Hati.Cikgu
Friday, November 5, 2010
Thursday, November 4, 2010
Keputusan Pilihan Raya Dun Galas

Pilihan Raya Kecil Dun Galas kali ini memang sengit. Saya berminat juga nk taw keputusan akhir pilihan raya kecil ni memandangkan berada di negeri sendiri. Sehingga waktu maghrib tadi sebelum diumumkan secara rasmi, Barisan Nasional menang majoriti besar.(seribu lebih)
Saya masih menunggu...Sebelum itu, kita layan dulu 
Skrol di bawah
Sama-sama kita nantikan keputusannya. 
Subscribe to:
Comments (Atom)
Tuesday, December 21, 2010
GAJI PERTAMA