~about me~

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 11, 2010

KeNapA hATI tIDAK sElalu TenTeRAM bilA sEMbAHyANG?

Apabila anda merasakan hati anda tidak tenteram, tidak tenang, ragu-ragu dan resah gelisah, itu tanda iblis bersarang dalam hati kita. Iblis itu bergerak-gerak melalui urat-urat darah dan hidup menempel mengganggu perjalanan iman kita. Justeru, solat itu salah satu cara untuk mententeramkan jiwa. Bagaimana?

Jika selama kita hidup di muka bumi ini kita tidak tahu makna bacaan yang kita lafazkan dalam solat, inilah waktu yang paling sesuai untuk kita mengambil tahu seterusnya melakukan perubahan.

Hafaz maksud Al-Fatihah

Seteleh berpuluh-puluh tahun hidup di muka bumi ini, adakah kita telah menghafaz maksud al-Fatihah yang kita perlu kita baca 17 kali dalam lima waktu solat?.Apakah hikmah dan kepentingannya sehingga 17 kali kita perlu mambacanya?Tentulah ada rahsia besar di sebaliknya.

Mulai hari ini,fahami maksud al-Fatihah supaya mudah untuk kita khusyuk dalam solat.

Ketika kita melafazkan bacaan dalam bahasa Arab di bibir, sebutkan Bahasa Melayunya (atau sebarang bahasa ibunda lain) dalam hati.

Maksud al-Fatihah (ayat 1-6)

-Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

1.Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

2.Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

3. Yang Menguasai Hari Pembalasan.

4. Kepada Engkau Kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

5. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

6.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, tapi bukan jalan orang-orang yang Engkau murka dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Cara menghafaz untuk golongan yang telah berumur.

a. Istighfar 11 kali. Astaghfirullah di bibir manakala hati pula berkata, ‘’Ya Allah ampunkanlah aku’’.
Hati yang suci dan bersih akan mudah menerima ilmu.

b.Pejamkan mata, letak tangan kanan di atas dada sebelah kiri (jantung) lalu berdoa:
’’Ya Allah, dalam usiaku (nyatakan berapa tahun),aku masih tidak tahu maksud Al-Fatihah.Ampunkanlah aku, aku Islam tapi maksud al-Fatihah pun aku tidak faham. Tolonglah ak Ya Allah. Bantu aku untuk menghafalnya, mudahkanlah bagiku. Aku hendak gunakannya hingga ke akhir hayatku.”

c. Kemudian mulakan menghafal satu persatu:
  Ayat 1 dalam bahasa Arab dibaca (1 kali) dan maksud bahasa Melayu diulang (3x).
-Ayat 2 lakukan langkah sama seperti di atas.
-Ulang semula ayat 1 (1x) (bahasa Arab dan bahasa Melayu)
- Ulang semula ayat 2 (1x)
Ayat 3 (sama seperti di atas)
-ulang semula ayat 1 (1x)
-ulang semula ayat 2 (1x)
-ulang semula ayat 3 (1x)
Ayat 4 (sama seperti di atas)
(ulang langkah-langkah di atas sehingga ayat ke-7)

Bererti setiap ayat bahasa Arab dibaca sekali dan maksudnya perlu diulang (3x), kemudian baru berubah ke ayat seterusnya. Dan mula kembali ke ayat 1 dan ulang baca. Kemudian barulah berubah ke ayat baru. Ulangi langkah-langkah yang sama sehingga habis semua ayat.

Selepas habis menghafal, bangun berdiri mengahadap kiblat dan takbir serta kiam seperti dalam solat. Praktikkan membaca Al-Fatihah di bibir serentak dengan maknanya di dalam hati kita satu persatu. Amalkan sehingga berjaya dalam solat harian kita.

~~Sangat berterima kasih pada penulis buku "Indahnya Hidup Tanpa Derita". Sangat memotivasikan diri ini. Di saat kita hampir tersungkur, kadangkala kita merasakan patahnya sayap,hilangnya semangat. Lalu, bangun berdiri berjanji ku xkan hilang motivasi lagi. kerana saya masih ada Allahswt yang sentiasa membantu dan mendengar rintihan hambaMU ini.~~

3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

entri terbaek...

K.I.N.A said...

i like..tq 4 sharing..

luvelysyue said...

m.senja:thnks..

kina:tme ksih...shring2 kan..